Thursday, 14 July 2011

lagi mengenai KOLEJ POLYTECH MARA Bangi(KPTM)


assalammualaikum..


sila clik untuk pembesaran gamba rajah..

ini adalah entri untuk KPTM Bangi sahaja. KPTM lain mungkin berbeza !!

 okeh salam dah bagi kan. mari kita mulakan entri yea..  sejak aku buat entri pasal kptm bangi, sini yea bagi yang tak baca lagi, aku tengok dekat traffik aku banyak yang view entri tersebut. tak kurang jugak ada yang bertanya pasal kptm ni. dan ada juga beberapa orang dah mendaftar masuk ke kptm. alhamdulilah, sekurang-kurangnya peluang untuk mereka sambung belajar masih ada. 

 lagi sekali aku buat entri pasal kptm sebab ada orang yang bertanya, tapi tak de pulak dia bagi contact number ke, senang la aku nak inform dekat dia. yea tau salah aku jugak sebab aku tak letak link kptm dekat entri tu itu hari.. disebabkan beliau tak de bagi apa-apa contact number atau fesbuk atau twitter atau sebagainya aku pun buatlah entri ni khas untuk menjawab soalan beliau.

soalan beliau adalah jarak dari hostel ke kolej. kalau jalan kaki, ikut pengalaman akulah, aku rasa dalam 10 minit ke 15 minit bagi yang jalan melenggang kangkung macam aku. kalau yang jalan jenis tak pandang kiri kanan aku rasa 5 minit ke 10 minit kot. tak adalah jauh sangat. kalau tak nak jalan kaki, bas ada disediakan untuk para pelajar berulang alik dari hostel ke kolej-kolej ke hostel. kalau tak silap aku tambang dia RM0.50. ini tambang tiga tahun lepas. aku dah lama tak naik bas tu dah. alah jalan kakilah senang. jimat. sambil tu buleh bersenam. heee..

kalau pasal rules dekat asrama, dekat kptm ni sama je rules dia. masuk asrama mestilah sebelum pukul 11 malam, kalau tak anda dikenakan compound. lain dari tu, peralatan elektrik kena daftar. dan bla bla bla.. serius sama je. tak de beza pun. kalau beza pun mungkin waktu last masuk asrama tu. ingat !! sebelum pukul 11 malam.

asrama disediakan untuk dua sems ataupun satu tahun. tapi rayuan boleh di buat pada pihak hostel kalau terus nak tinggal dekat hostel tu. insyaAllah akan dipertimbangkan oleh pihak hostel. bagi aku, aku paling suka hostel kptm ni, sebab tandas dia dalam bilik, berbanding dengan hostel lain tandas dia kita kena keluar dari bilik, jalan jauh sikit baru jumpe tandas kan.. hostel kptm, kita akan share tandas dengan bilik sebelah. kalau malam-malam takut nak pergi toilet tak payah ler kejutkan kawan yang tengah mimpi kawin dengan putra raja tu. tak pasal-pasal kau kena lempang. 

ini jelah jawapan untuk persoalan beliau. selain itu aku rasa aku nak citer pasal program yang ditawarkan dekat kptm nih.

kptm ada dua program. satu dipanggil program uitm, satu lagi program kptm. bagi program uitm, ini adalah usahasama dari uitm.silibus, buku dan jadual pembelajaran adalah ikut uitm. bagi pelajar yang mempunyai lima credit untuk SPM termasuk bahasa melayu, bahasa inggeris dan matematik bolehlah mohon untuk program uitm. antara program yang ditawarkan adalah, Diploma In Business Management, Diploma in Banking Management, Diploma in Investment Analysis, Diploma in Transport Management dan Diploma in Insurance.

bagi program kptm syarat dia adalah anda hanya perlukan tiga credit sahaja untuk layak masuk ke kolej ini. mudah kan. program yang ditawarkan adalah Diploma in Business Management dan Diploma in Accountancy.  

selain untuk diploma, kptm juga ada sediakan untuk program Degree in Business Information Technology with Marketing. program degree ni usahasama dengan University of Conventry. so, ada peluanglah nak belajar dekat conventry university kalau ambik degree ni..


boleh contact sini untuk mendapatkan maklumat di : KPTM Bangi
ouuhh kalau nak tau banyak lagi boleh tanya : mpp KPTM Bangi

terima kasih kerana sudi membaca :)

pssstt : sejak bila aku jadi duta KPTM Bangi nih?? erkkk

MIMIE AIZA
Melakar Coretan Menerusi Jiwa !

❀-Melakar Coretan Menerusi Jiwa!-❀

23 Kritikan Hebat !:

jeBateja said...

wahhhh...dah mcm pegawai penerangan dah ni..baguih...

Ezay Hadry said...

bagus2 mimie..ezay pn same..tgk keyword ramai tnye pasal tmpat ezay.budak2 ni gugel la tu...

Qaseh dalia adelia said...

owh .. sis tgh berkira2 nak smbung study ni

maya amir said...

rase mcm ade cousin dulu belajar kat sini.. bagus explanation, buleh jadik pegawai penerangan KPTM dah ni:)

yan_n.i.m said...

mimie dah boleh kd MPP laa after dis.. keh3

faranabyla said...

if kita masuk ipta/poli boleh ke if na pnjam mara ?

MIMIE AIZA said...

@faranabyla
x blh laa..
mara support utk student dia je. ipta or poli x blh

Anonymous said...

ty sis !

mizs_akma said...

investment analysis tu camne eh? yuran bagi kos nie mahal tak?

MIMIE AIZA said...

@mizs_akma
belajar pasal pelaburan.. em kalau cost tu kena tgok dekat web kptm yea

faranabyla said...

tengs akk bg info tu..=)
if kite blajar dkt sane degree nanti boleh ke nak apply ipta ?

MIMIE AIZA said...

@faranabyla
kalau awk bwh program uitm awk mmg akan continue dekat uitm
kalau awk bwh program kptm, awk kena struggle utk dpt tempat ke ipta

Anonymous said...

Trima ksih ats ktrangan akak . sy dpt pra perdagangan btw 6 bulan !Lme . So ape pndgn akak ? Ok ke ?atau mcm mane ?

Amirah Afiqah said...

salam kak tumpang tanya kptm nie nanty senang dapat kerja ka tak ? dia nie under scholarship ka ?

Amirah Afiqah said...

salam kak nak tanya kptm nie senang dapat kerja tak ? kptm nie under scholarship tak ?

Anonymous said...

Saya nak tanya kalau kita dah dapat tawaran tapi surat tak sampai lagi macam mana ye?Nak kena print out ke apa?Lagi satu saya dapat tawaran program uitm tapi dia nak bumiputra masalah saya sekarang kalau parents warganegara tapi sijil kelahiran takde macam mana tu?In case time pendaftaran tak diterima kita boleh ambik course lain tak?

Anonymous said...

Sis kalau ambik bisnes managment sijil kptm diiktiraf tak?

Anonymous said...

Salam,
Seronok betul kat KPTM Bangi ni, btw saya ambil Diploma in Banking Management (UITM). Daftar masuk 4 Jun 2013. Bilik asrama pun selesa, tandas dalam bilik. Jika ada aircond lagi best kan.

Anonymous said...

dik nak tanya...mcm mana nak apply kptm under uitm sebab anak auntie 2 A 6 credit...apply mc mana? kat mana?

melaine martinez said...

rasa-2 kptm ni ok x ? jujur k ;)

melaine martinez said...

rasa-2 kakak kan , kptm ni ok x ?;)

Anonymous said...

kptm ni menyusahkan orang ,tahu amik duit pelajar untuk kroni

adib abdullah said...

assalamualaikum akak , apa beza program uitm dgn program kptm ? mana lg senang ? tq

Post a Comment

 
hak milik kekal MIMIE AIZA